CARA GUNA

Perlu masuk wad? Ini yang perlu anda buat.

Lima langkah mudah — eMAS uruskan selebihnya dengan pihak hospital.
1

Pergi ke klinik

Buat pemeriksaan di klinik panel. Senarai klinik: wekongsi.com/clinic
2

Dapatkan surat rujukan

Jika perlu rawatan lanjut, minta doktor berikan surat rujukan ke hospital.
3

Pilih hospital panel

Lebih 250 hospital panel di seluruh negara: wekongsi.com/hospital
4

Hubungi eMAS

Telefon eMAS Careline di 03-9213 0103 dan maklumkan kemasukan anda berdasarkan surat rujukan.
5

Di kaunter hospital

Bila ditanya “Ada insurans?”, jawab “Ada, di bawah eMAS”. Tunjukkan IC dan kad e-admission daripada profil ahli anda.
Contoh kad e-admission eMAS
Contoh kad e-admission dalam profil ahli
eMAS Careline
Ko-perkongsian anda
10–25% ikut umur, dihadkan RM500 setiap kemasukan. Tiada ko-perkongsian di hospital kerajaan.
SOALAN LAZIM

Jawapan kepada soalan yang selalu ditanya.

Asas

Program perkongsian kos perubatan berasaskan komuniti, dikendalikan oleh Kita Kongsi Sdn Bhd. Ahli berkongsi bil perubatan yang diluluskan, tanpa syarikat insurans yang mengambil untung.

Tidak. We Kongsi bukan produk insurans. Kemasukan hospital dan tuntutan diurus oleh eMAS sebagai pentadbir pihak ketiga (TPA), dan Akaun Perkongsian dijaga oleh Palladium Trustee.

Ya. We Kongsi diperakui patuh Syariah oleh Afsha Shariah Advisory.

Yuran & sumbangan

RM40 sebulan, RM100 suku tahun (RM33 sebulan, jimat sehingga 17%), atau RM360 setahun (RM30 sebulan, jimat sehingga 25%).

Selepas tempoh menunggu 90 hari, hanya RM0–RM60 dikongsi setiap bulan — tidak lebih. Jika tiada tuntutan, RM0.
Atau pilih bayaran tetap RM75 sebulan jika tidak mahu jumlah berubah.

Akaun prabayar yang diisi pada hari ke-60: RM150 (Standard) atau RM300 (Deluxe). Sumbangan bulanan ditolak dari sini, dan akaun di-top-up secara automatik bila baki di bawah RM75.

Standard: bilik RM150 sehari, elaun RM50 sehari, ambulans RM250.
Deluxe: bilik RM250 sehari, elaun RM100 sehari, ujian pra-hospital RM5,000, ambulans ikut caj.

Tidak. Yuran keahlian adalah tetap seperti dalam Garis Panduan Program, dan berasingan daripada sumbangan Akaun Perkongsian.

Kelayakan & perlindungan

Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia, berumur 14 hari hingga 45 tahun, dan sihat secara umum semasa mendaftar. Perlindungan berterusan selepas 45 tahun selagi keahlian aktif.

Umur 0–5: 25%. Umur 6–45: 10%. Umur 46 ke atas: 20%.
Dihadkan RM500 bagi setiap kemasukan. Tiada ko-perkongsian di hospital kerajaan.

Lebih 250 hospital panel di seluruh negara.

Tambahan pilihan RM15 sebulan untuk lawatan klinik dan telemedisin: sehingga RM120 setiap episod, 8 episod setahun, meliputi 17 keadaan pesakit luar yang layak.

Soalan anda tiada di sini?

Tanya terus — saya sedia membantu.