MANFAAT & YURAN

Apa yang anda bayar, dan apa yang anda dapat.

Dua bayaran sahaja: yuran keahlian, dan sumbangan Akaun Perkongsian. Yuran keahlian berasingan daripada sumbangan perkongsian.

1. Yuran keahlian

RM40 sebulan, RM100 suku tahun atau RM360 setahun. Termasuk akses penuh manfaat perkongsian, sokongan sehingga RM1 juta setahun, dan aplikasi We Kongsi.

2. Akaun Perkongsian

Diisi pada hari ke-60 — RM150 (Standard) atau RM300 (Deluxe). Selepas 90 hari, hanya RM0–RM60 ditolak sebulan. Bila baki di bawah RM75, akaun di-top-up secara automatik.
YURAN KEAHLIAN

Pilih cara bayar yang sesuai.

Bulanan
RM40 /bulan
Bayar setiap bulan
Suku tahun
RM100 /suku
Hanya RM33 sebulan · jimat sehingga 17%
Tahunan · paling jimat
RM360 /tahun
Hanya RM30 sebulan · jimat sehingga 25%
ANGGARAN KOS SETAHUN

Paling rendah jika tiada tuntutan, paling tinggi jika had RM60 dikongsi setiap bulan.

Pelan yuran
Sumbangan ikut tuntutan
Sumbangan tetap RM75
Bulanan (RM480)
RM480 – RM1,200
RM1,380
Suku tahun (RM400)
RM400 – RM1,120
RM1,300
Tahunan (RM360)
RM360 – RM1,080
RM1,260
Sebagai perbandingan, purata premium insurans perubatan swasta ialah sekitar RM2,400 setahun.
PAKEJ AKAUN PERKONGSIAN

Standard atau Deluxe?

Kedua-duanya auto top-up bila baki di bawah RM75. Atau pilih bayaran tetap RM75 sebulan jika anda tidak mahu jumlah berubah setiap bulan.
Standard
Deluxe
Auto top-up ke
RM150
RM300
Bilik & penginapan
RM150 sehari
RM250 sehari
Elaun harian (hospital kerajaan)
RM50 sehari
RM100 sehari
Ujian pra-hospital
Tiada
RM5,000
Ambulans
RM250
Ikut caj
MANFAAT PERLINDUNGAN

Sehingga RM1 juta setiap tahun.

Rawatan wad

Sehingga RM1,000,000 setahun

Bilik & penginapan

RM150–250 sehari, sehingga 120 hari setahun

Pembedahan, ICU & ambulans

Termasuk

Rawatan susulan selepas hospital

Sehingga RM10,000

Rawatan kanser pesakit luar

Sehingga RM100,000

Elaun tunai harian

RM50–100 sehari di hospital kerajaan, sehingga 120 hari setahun

Kecederaan akibat kemalangan

Termasuk

Sokongan khairat kematian

RM10,000

Ko-perkongsian semasa masuk wad

Berdasarkan kumpulan umur, dan sentiasa dihadkan.
Umur
Kadar
0 – 5 tahun
25%
6 – 45 tahun
10%
46 tahun ke atas
20%
Had RM500 bagi setiap kemasukan. Tiada ko-perkongsian di hospital kerajaan.

Langkah pertama anda

Tempoh menunggu ialah 90 hari.
HARI 1
Bayar yuran keahlian — dari RM30 sebulan
HARI 60
Isi Akaun Perkongsian ke RM150 (Standard) atau RM300 (Deluxe)
HARI 90
Selepas tempoh menunggu, hanya RM0–RM60 dikongsi setiap bulan
TAMBAHAN PILIHAN (COB)

Klinik & telemedisin — RM15 sebulan

Untuk rawatan pesakit luar: lawatan klinik dan khidmat telemedisin.
  • Sehingga RM120 sokongan setiap episod
  • Sehingga 8 episod setahun
  • Meliputi 17 keadaan pesakit luar yang layak

Sedia untuk mula?

Daftar dalam talian, atau WhatsApp saya jika ada soalan sebelum mendaftar.