







Tidak. We Kongsi ialah program perkongsian kos perubatan berasaskan komuniti — ahli membantu ahli, tanpa syarikat insurans yang mengambil untung.
Yuran keahlian RM40 sebulan, RM100 suku tahun (RM33 sebulan) atau RM360 setahun (RM30 sebulan). Selepas tempoh menunggu 90 hari, sumbangan perkongsian hanya RM0–RM60 sebulan — atau pilih bayaran tetap RM75 sebulan.
Hari 1 anda bayar yuran keahlian. Hari 60 Akaun Perkongsian diisi (RM150 Standard atau RM300 Deluxe). Selepas tempoh menunggu 90 hari, perkongsian bermula.
Bergantung pada umur: 25% (0–5 tahun), 10% (6–45 tahun) atau 20% (46 tahun ke atas), dihadkan RM500 bagi setiap kemasukan. Tiada ko-perkongsian di hospital kerajaan.